July 13, 2008

Sokongan UMNO negeri.....

Adanya berita terbaru(13 Jun 2008) bahawa UMNO Terengganu akan menyokong Pak Lah dan Najib untuk jawatan Presiden dan Timbalan.

Dengan ini, genaplah 6 negeri untuk menyokong PakLah & Najib selain Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Pahang. Maka tinggallah baki negeri iaitu Kedah, Johor, Kelantan, W. P., Perak, N. 9 dan Sabah.

Dari senarai di atas, kemungkinan besar Kedah, Kelantan, W.P, Perak dan N.9 akan mengikuti tradisi sama seperti negeri-negeri yang lain. Kalau ada kejutan pun mungkin Johor dan Sabah.

Maka, dengan perkembangan ini, rasa-rasanya jawatan Presiden & Timbalan akan dipertahankan oleh Pak Lah dan Najib sebab tiada calon lain yang dapat memenuhi sistem kuota 30% dan 20% masing-masing.

Ataupun, adakah walaupun UMNO negeri menyokong kepimpinan kini tetapi bahagian mungkin buat kejutan apabila sampai waktu pencalonan?

No comments: