July 20, 2008

Hari jadi Haiqal

Tanggal 16 Julai 2008, anak kesayangan, Muhammad Danish Haiqal genap 1 tahun....syukur Alhmadulillah. Majlis hari jadi Haiqal pun telah berjalan lancar.

Siap dengan khemah depan rumah ala-ala orang kahwin.

Saya dengan isteri adalah jemput kawan-kawan sekerja plus neighbour kita orang kat Sunway Kayangan ini. First tetamu mula datang dalam pukul 3:30 iaitu kawan kita orang family Rine dengan husband Shukri dengan anak mereka. Then, mulalah orang datang selepas itu.....start dengan keluarga Nasa, Nazrin, wife Shafari and Ronnie & family.

Meantime, Heng & family datang jugak ke majlis saya yang simple ini. Lepas tu, adalah geng-geng dari office dan saudara-mara dari sekitar Shah Alam.

ah..Menu majlis ialah,

1. Nasi Dagang + Kari Ayam + Udang.
2. Lontong
3. Karipap impot dari Kelantan
4. Tapai special import dari Pintu Geng(Tok)
5. Dan lain-lain yang sewaktu dengannya :)

Agak-agak dalam pukul 7, tutuplah tirai majlis hari jadi....by that time, penat sungguh. Rasa macam nak lelap sekejap ja....

Anyway, yang penting majlis berjalan lancar dan dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan-rakan Sunway Kayangan + office.

No comments: